Aku.. cuma wanita biasa, insan biasa yang mempunayi keinginan sama seperti manusia lainnya. Ingin sekali aku disayangi, dicintai, dihargai, malah dihormati oleh insan bernama lelaki. Namun, aku bukanlah wanita yg sering menjadi idaman lelaki. Begitu sukar untuk aku menemui cinta dan kasih sejati.
Cinta pertama yang aku miliki, tidak sepenuhnya aku miliki. Itu bukanlah cinta sejati. Itu adalah pendustaan, pengkhianatan, permainan dan penderitaan!
Diriku mulai berubah satu demi persatu. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana dendam??? Dendam terhadap makhluk Tuhan bernama lelaki? Atau kerana mentaliti aku yang mengatakan bahawa lelaki itu semuanya sama??
Kini aku terlalu takut untuk mencintai dan dicintai. Bahkan aku mengharapkan ikatan perkahwinan yang menjadi impian setiap insan, hanya sekadar impian dongengan bagi aku.
Jangan pernah cinta itu datang lagi, kerana aku terlalu takut untuk kecewa lagi...
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)