Sunday, June 13, 2010

Maafkan Aku

Maafkan aku... keluargaku, dan sahabat2ku. terlalu byk yg aku lakukan tanpa kalian sedari. aku bukanlah anak, kakak, adik dan sahabat yg baik. aku byk kekurgn, byk kesilapan yg aku telah lakukan. bibir ini tidak dapat meluahkan "maaf" itu. sungguh, aku malu.

Maafkan aku semuanya... Hanya dengan cara ini aku dapat luahkan. aku tau, aku byk buat silap....bantulah aku, sedarkanlah aku, bimbinglah aku. jangan buang aku dari kalian.

memang kadang2 aku rasa ingin menjauhkn diri dari kalian dek kerana malu, 'siapalah aku'. Pada masa yg sama, aku sangat memerlukan kalian.

Jangan tinggalkan aku sendirian... Jangan...

Friday, April 23, 2010

INiLaH AkU...

Aku.. cuma wanita biasa, insan biasa yang mempunayi keinginan sama seperti manusia lainnya. Ingin sekali aku disayangi, dicintai, dihargai, malah dihormati oleh insan bernama lelaki. Namun, aku bukanlah wanita yg sering menjadi idaman lelaki. Begitu sukar untuk aku menemui cinta dan kasih sejati.

Cinta pertama yang aku miliki, tidak sepenuhnya aku miliki. Itu bukanlah cinta sejati. Itu adalah pendustaan, pengkhianatan, permainan dan penderitaan!

Diriku mulai berubah satu demi persatu. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana dendam??? Dendam terhadap makhluk Tuhan bernama lelaki? Atau kerana mentaliti aku yang mengatakan bahawa lelaki itu semuanya sama??

Kini aku terlalu takut untuk mencintai dan dicintai. Bahkan aku mengharapkan ikatan perkahwinan yang menjadi impian setiap insan, hanya sekadar impian dongengan bagi aku.

Jangan pernah cinta itu datang lagi, kerana aku terlalu takut untuk kecewa lagi...